WA ZAKKIR FA INNAZIKKRO TANFAUL MU`MININ

"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam." -Saad bin Abi Waqqas-
Wednesday, April 21, 2010

"Jaulah" sebuah Penyakit Rohani

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit

Sebuah hadis yang menjadi pesanan Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali r.a:

“Wahai Ali, setiap sesuatu pasti ada penyakitnya: Penyakit bicara adalah bohong, penyakit ilmu adalah lupa, penyakit ibadah adalah riak, penyakit akhlak mulia adalah kagum kepada diri sendiri, penyakit berani adalah menyerang, penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian, penyakit tampan adalah sombong, penyakit bangsawan adalah membanggakan diri, penyakit malu adalah lemah, penyakit mulia adalah menyombongkan diri, penyakit kaya adalah kikir, penyakit royal adalah hidup mewah dan penyakit agama adalah nafsu yang diperturutkan. ..”
Ketika berwasiat kepada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Wahai Ali, orang yang riak itu mempunyai tiga ciri iaitu:

1. Rajin beribadat ketika dilihat orang.

2. Malas ketika sendirian.

3. Ingin mendapat pujian dalam segala perkara.




















Wahai Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdoalah: “Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik daripada yang dikatakannya, ampunilah dosa-dosaku yang tersembunyi darinya dan janganlah kata-katanya mengakibatkan seksaan bagiku…”

Ketika ditanya bagaimana cara mengubati hati yang sedang resah dan gundah gulana, Ibnu Mas’ud r.a berkata: “Dengarkanlah bacaan al-Quran atau datanglah ke majlis zikir atau pergilah ke tempat yang sunyi untuk berkhalwat dengan Allah s.w.t.

Jika belum terubat juga, maka mintalah kepada Allah s.w.t hati yang lain kerana sesungguhnya hati yang kamu pakai bukan lagi hatimu….”

6 WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit
6 WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB
Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian sahabatnya;

Aku berwasiat kepadamu enam perkara :




















Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.”
Tuesday, April 20, 2010

Ikrar dan taat setia kepada Pemerintahan KDYMM Al-Sultan Kelantan

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit
Alhamdulillah, segala syukur dan pujian itu hanya bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan ahli keluarga baginda serta sekalian sahabat yang terpilih.

Firman Allah S.W.T.








Bermaksud:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkau sajalah adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

(Surah Ali-’Imran 3:26)

Keratan Akhbar.18April 2010.Harian Metro

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit















# Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)
# Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya – (Aristotle)
# Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum – (Aristotle)
# Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam – (Budiman)
# Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras – (Hamka)

INNI AKHAFULLAH.