WA ZAKKIR FA INNAZIKKRO TANFAUL MU`MININ

"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam." -Saad bin Abi Waqqas-
Saturday, June 26, 2010

Gerhana Bulan Separa 26 Jun 2010

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit

Masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan sempena dengan fenomena gerhana bulan separa malam ini.

Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 4.57 petang ini dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 7.30 malam sebelum dijangka berakhir pada pukul 10.22 malam ini.

Penolong Pegawai Hal-Ehwal Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Noor Syarizal Mohd Nunar berkata solat gerhana boleh dilakukan selepas solat Maghrib secara berseorangan atau berjemaah.

Katanya orang ramai dijemput menunaikan solat khusuf disertai khutbah khas gerhana bulan di Masjid Negara dan Masjid Putrajaya.

Sementara itu, orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa itu di Planeterium Negara di sini antara pukul 7.38 malam hingga 10.20 malam ini.

Menurut laman web Angkasa, teleskop bagi melihat gerhana bulan itu akan disediakan secara percuma kepada orang ramai bermula 8 hingga 10 malam ini.


Gerhana pada 26 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 04:57 p.m. waktu Malaysia. Walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap dan kebetulan juga pada waktu itu Bulan masih belum terbit lagi dari ufuk.

Fenomena gerhana tersebut hanya dapat disaksikan apabila Bulan mulai terbit pada jam 7:22 pm dan Bulan telah pun memasuki bayang umbra Bumi (U1) sejak jam 6:17 pm lagi. Gerhana maksimum akan berlaku pada jam 7:38 pm. Fenomena gerhana ini dapat disaksikan sehingga 9:00 pm apabila Bulan keluar sepenuhnya dari umbra Bumi (U4).

P/S:solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan sempena dengan fenomena gerhana bulan separa malam ini.
Saturday, June 19, 2010

AYAH..

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit


Ayah Kau Pesan…

Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…

Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..

AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.

AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.

AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.

AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!

AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal
Kerana dia sudah pergiI ke BATU NESAN!!!

“Sayangi dan hormatilah bapa,ayah,abah,abi,babah,daddy,dad dan segala apa yang anda panggil seorang insan yang bergelar bapa dan suami sementara mereka masih hidup.Kerana merekalah insan yang telah membesarkan kita,memberi kita makan,memberi kita minum dan melayan karenah kita ketika kita masih kecil.
Tuesday, June 1, 2010

Perarakan Sokongan ke Kedutaan Turki- End the Siege of Gaza

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit


Date: Friday, 04 June 2010
Time: 10:00 - 12:00
Location: Berkumpul di Tabung Haji jam 10 pagi


Anda sedih dengan kematian pejuang2 kemanusiaan Palestin??!
Anda geram dengan tindakan kejam tentera haram Zionis??!!
Anda tak betah berdiam diri di hadapan kekejaman ini??!!

Tahukah anda, pelayaran Lifeline For Gaza (LL4G) bermula di Turki?
Tahukah anda, KERAJAAN TURKI memberi sokongan dan sumbangan yg besar dalam usaha LL4G?
Tahukah anda, majoriti lebih 19 orang yg syahid dalam peristiwa Flotilla Freedom adalah warga Turki?

Aman Palestin, ISMA dan PEMBINA menyeru anda utk bersama kami menyatakan BANTAHAN SEKATAN GAZA & SOKONGAN TERHADAP PENDIRIAN KERAJAAN TURKI!!!

Bersama kami berkumpul di Tabung Haji, jam 10 pagi pada Jumaat ini (4 JUN 2010)

Kita akan berarak bersama2 berjalan kaki ke Kedutaan Turki (di Jalan U-Thant) utk majlis penyerahan Memorandum Sokongan dan Ucapan kata2 sokongan drp wakil2 NGO.
Ayuh!!!!!

Kami memerlukan anda utk menyediakan perkara2 berikut utk memeriahkan lagi perarakan kita:

1. Headband (kain ikat di dahi)
- berwarna MERAH
- bertulis "End the Siege!!"

2. Banner, poster, papan tanda dengan slogan2 spt berikut (dan lebih!)
- "We support Turkey!!"
- "Kami sokong Turki!!"
- " Shuhada Hurriyya!" (Arabic)
- "Turkey: Martyrs of Freedom!!"
- "End the Siege!!"
- "Lead, Turkey! Lead!"
....dan lain2 lagi!

3. Gambar PM Turki, Reccep Tayyip Erdogan.



Anjuran:

Aman Palestin Berhad (http://www.amanpalestin.net/)
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) (http://www.ismaweb.net/)
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) (http://www.pembina.com.my/)

Misi Kemanusiaan Diserang - LIFELINE 4 GAZA | Break The Siege. Apa Tindakan Kita Sahabat?

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit





Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
(Al-Baqoroh 120)


Salam buat semua.
sya mengikuti berita ini dengan senyap.
Membaca dan berkongsi dengan mereka yang sama-sama memikirkan nasib saudara-saudara kita di Gaza. Teman-teman yang memahami erti penderitaan dan kesengsaraan di sana.

Berita yang diterima dari seorang sahabat merentap jiwa kecilku.
Kapal yang membawa bantuan kemanusiaan itu diserang.
Terus menghubungi rakan untuk mendapatkan kepastian.
Allahu Akbar!
Kejam rejim Zionis ini.


Bumi Gaza sentiasa dibedil.
Kanak - kanak, wanita, warganya sentiasa hidup dalam ketakutan.
Kematian bagaikan sahabat terdekat mereka.

Apakah kematian itu bukan apa - apa?
Apakah kematian itu hanya satu bentuk sandiwara?
Apakah kematian itu hanyalah satu bentuk ekspresi kekuatan?
Tidak.

Kematian itu adalah bukti kekejaman Zionis.
Kekejaman yang dibuat atas dasar mereka sendiri.
Menghalalkan darah - darah anak bumi Palestin yang tidak bersalah.
Apakah yang dunia lakukan?

Apakah yang dunia lakukan?
Melihat?
Mendengar?
Menangisi?

Doa kalian adalah senjata terbaik.
Sumbangan kalian adalah senjata yang ampuh.
Mungkin sedikit, tetapi impak yang kalian berikan?
Lihatlah impak itu.



Gaza yang ditangisi...

Walaupun hubungan telah terputus dari Freedom Flotilla, moga-moga doa yang kita kirimkan tidak akan putus wahai sahabat semua. Ini mungkin sahaja yang termampu di saat seperti ini, solat hajat dan doa kiriman anda semua amatlah diperlukan. Sebarkan berita yang benar, moga-moga doa akan dipanjangkan.

Nota Kaki :
1. Solat hajat.
2. Doa, baca Qunut Nazilah.
3. Khabar terbaru boleh dibaca di Twitter Sahabat Al-Aqsha
4. Moga-moga kapal Mavi Marmara dapat dihubungi dengan segera.
5. Masih menunggu perkembangan terkini.
6. Terbaca di Twitter tadi Obama mengutuk serangan ini. Betulkah?

Perkembangan :
1. Setakat ini dilaporkan media-20 orang terbunuh dan lebih 30 orang cedera.
2. Warga Malaysia di kapal Rachel Corrie dilaporkan selamat.
3. Menunggu berita tentang wartawan Astro Awani yang berada di kapal lain.
4. Bila tengok Edisi 7 dan Buletin Utama tadi, sumpah memang keji komando-komando tu semua
5. Jam 11 malam, Al-Jazeera melaporkan 19 angka korban.(update nnt)

ANNI AKAFULLAH!!
NAHNU NAS`a ILA AS-SHAHADAH
Wednesday, May 26, 2010

13th JUNE 2010..

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit



go bACK HOME..
BLESS ME
miss my home town!!
Nak engage!!Nak khwn cpt2 la balik...
and i miss everyone there!!

see u soon

Salah kan nak berubah??

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit


Salahkah Bila Berubah?
rujuk:www.iluvislam.com


Izzat mengerutkan dahi memandang teman sebilliknya menumbuk tendang batang pohon, melepaskan amarahnya. Pagi tadi bukan main gembira Aliuddin melangkah keluar dari bilik. Tapi Aliuddin yang berada di hadapannya kini...

“Ali, bangun sembahyang Subuh. Dah lewat ni.”

“Diamlah kau. Aku nak sembahyang ke, tak nak ke, kau peduli apa? Kubur masing-masing.”

“Memang la kubur masing-masing. Kalau kubur kita sekali, bolehlah aku backup kau. Kau tak sembahyang, aku boleh tolong cover.”

Aliuddin menarik selimut lalu memekap mukanya dengan bantal. Izzat hanya menggeleng-gelengkan kepala. Suasana menyepi seketika. Hakim menepuk-nepuk bahu Izzat, mengisyaratkannya supaya ke tepi. Dia dekat ke tepi Aliuddin lalu menjerit, “Bangun Subuh!” Aliuddin yang tersentak bangun terduduk dengan matanya terbeliak bulat. Melihatkan wajah takut teman sebiliknya itu, Hakim ketawa mengekek.

“Nasib baik kaki aku sakit. Kalau tak, kau sarapan kaki aku pagi ni.”

Ketuk ketampi tiga ratus kali dan dirotan di kaki. Denda yang menyebabkan kakinya sakit yang amat. Denda atas perbuatan memancitkan tiga tayar kereta guru yang menyagat rambutnya. Ini bukanlah kali pertama dia didenda dan mungkin bukan yang terakhir. Dia cuba bangun dari katil tapi kakinya terasa perit untuk berdiri. Malah hendak duduk kembali pun dia tak mampu. Mukanya berkerut menahan kesakitan.

“Kau tak apa-apa ke?” Izzat bertanya.

“Aku nampak macam tak ada apa-apa ke?” Aliuddin bersuara garang.

Hakim cuba untuk membantu memapah tapi ditangkis keras oleh Aliuddin. Dia menguatkan diri untuk melangkah padahal dalam hati menjerit menahan sakit. Memang Aliuddin tidaklah sebaik nama yang diberi, namun cara pengurusan sekolah mengatasi pelajar bermasalah hanya menambahkan lagi dendam di dada. Pernahkah guru yang memberi denda itu merasai betapa sakitnya kaki setelah ketuk ketampi beratus kali? Di sebalik hukuman-hukuman pihak sekolah, kenapa agaknya pendekatan yang diambil lebih kepada menghukum pesalah sedangkan fungsi sekolah ialah memanusiakan manusia?

Esok cuti sekolah bermula. Sebaik sahaja loceng berbunyi, Aliuddin meluru ke asrama, mengejar tombol pintu biliknya. Cepat-cepat dia menukar baju lalu berlari ke tempat perhentian bas. Tidak sabar rasanya ingin pulang ke kampung. Di dalam perut bas, dia mencapai buku komiknya, sekadar membaca melepaskan kebosanan yang mula menghantui. Ada sesuatu yang jatuh dari celah-celah muka surat komik itu. Sepucuk surat.


I – Isyak
S – Subuh
L – Luhur (Zuhur)
A – Asar
M – Maghrib

Kalau kita tinggalkan salah satu daripadanya, kita sudah bukan Islam lagi. Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Allah s.w.t. berkata keada Nabi Muhammad s.a.w., “Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.”

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Izzat, sahabatmu.

Bas meluncur laju membelah malam. Dia melabuhkan pandangannya ke luar tingkap. Pokok-pokok ketapang di pesisir lebuh raya berbalam. Melambai-lambai gemalai ditiup angin. Sinar bulan malu-malu menjenguk alam. Debar jantung tiba-tiba menderas. Dia menatap semula surat itu. Dibacanya berulang-ulang kali. Bicara ayat-ayat mengelus jiwanya yang layu.

“Kau ni ada masalah apa? Kalaulah pokok tu ada tangan, terkulai layu kau dibuatnya.”

“Budak-budak tu la…” mulutnya memuncung ke satu arah.

“Budak-budak mana?” Izzat mencari-cari kelibat orang.

“Aku jalan-jalan tadi, terdetik dalam hati nak sembahyang kat masjid. Elok je aku nak langkah masuk pagar masjid, Si Shukri tu perli-perli aku. Dia kata dia nak tengok selama mana muka ahli neraka macam aku ni boleh jadi baik. Sampai aku habis solat pun dia tak henti-henti lagi mengumpat aku. Geram betul la!” Satu tumbukan padu dilepaskan. Daun-daun kering mula berguguran. Menari-nari lalu jatuh menapak lantai bumi.

“Muka aku ni ada cop neraka ke? Aku jadi jahat pun salah, jadi baik pun salah.”

“Meh sini aku check.” Izzat membelek-belek muka Aliuddin. “Ish…” Aliuddin menepis tangan Izzat, merenung tajam kawannya itu. “Dia saja main-main kot.”

“Kalau main-main, orang takkan sambung dengan mengumpat.”

“Biarlah… Bila dia mengumpat kau, kau dapat pahala. Kau sepatutnya gembira dapat pahala free.”

“Pahala free? Kenapa pula?”

“Bila kita mengumpat orang, orang yang diumpat dapat pahala, kita dapat dosa.”

“Owh… ye ke?” Izzat mengangguk. “Aku dapat pahala?” Aliuddin senyum tersipu-sipu sambil tangannya memeluk batang pokok. Izzat hanya menepuk dahi melihat telatahnya.

Berhimpit jerami di balik meranti,
Saying cemara akar terendam,
Kasih bersemi ikhlas di hati,
Menyejuk bara menghilir dendam.
~Sufaezah ~

Blaja la adik!Tahniah adik Bongsu ku

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit


Assalamualaikum w.b.t


Apakah Perasaan y lahir dr benak seorg abg bila mndapat tahu akan kejayaan adik bongsu nya??Syukur Alhamdulillah Allah telah kurniakan kami adik y bijak pndi...
pape pun adik,keep it up.Congrate dapat jadi pengawas..congrate dpt jadi No 2 keselurahan darjah.The most important tahniah katanya dh hbs Qiraati.dah masuk quran besar ya..nnt blaja tajwid n tarranum plk..k

Bimbang tau zaman skng ni nk fkr soal muda mudi..tu la sbb nya ptt dr awal nk kene semai anak2 kecil dgn benih2 islam..apa tidak nya..skng ni "wadah" y telah sedang dan akan di hidang oleh yahudi sukar nak tolak..tgk la skng mcm2 penyakit sosial y bagai xde noktah..tgk saja selepas 3 hari pelancaran "KAMI PRIHATIN" bukan makin kurang gelaja buang bayi..malahan makin tinggi angkanya..wowww marvelous kerja yahudi dan syaitan..pape pn igt dgn adanya ilmu imam dan amal baru ROCK..ditambah dgn solat zikir dan salawat baru la 3D ROCK..tu baru rock betul..rock terhadap islam..kan..



ayuh lawan budaya hedonism..ayuh lawan benih2 yahudi..
sentiasa hadiri mjlis2 ilmu utk menjadi jutawan ilmu kan.


"kun aaliman, au mutaaliman, au saamian,wala takurrabian..FATAHLIKAH"

jadialah org y mgajar,org bljar atau pun org mndgr,TAPI jgn sesekali mnjadi golongan ke-4(sebalik drpnya) maka binasalah kau!!