WA ZAKKIR FA INNAZIKKRO TANFAUL MU`MININ

"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam." -Saad bin Abi Waqqas-
Friday, February 25, 2011

Mengajar Bayi Menghafal

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit
ASSALAMUALIKUM
TERTARIK DENGAN SATU BLOG NI..
SEKADAR PERKONGSIAN..
UTK RUJUKAN LANJUT BOLEH LA LAYARI
http://darwishndarwisya.blogspot.com/p/mengajar-bayi-menghafal.html



Mungkin bunyi tajuk saya ini terlalu ekstrem - "Bayi Boleh Menghafal Surah Al Quran Sebelum Bercakap". Mana mungkin seorang bayi boleh menghafal sebelum boleh bercakap, bukan? Inilah juga yang saya fikirkan sebelum ini. Otak bayi sibuk melakukan banyak sinapsis antara satu neuron dengan yang lain untuk melengkapkan keupayaannya bagi digunapakai kemudian. Lebih banyak stimulasi yang diterima semasa bayi maka lebih pesatlah perkembangannya.

Seperti yang saya maklumkan pada posting sebelum ini, Darwish berumur 1 tahun 8 bulan telah menghafal hujung2 hampir keseluruhan surah juzuk Amma. Namun tiada bukti. Kali ini saya dapat merakam aksinya melakukan perkara tersebut. Dia boleh melakukannya mungkin kerana selalu melihat dan mendengar kakaknya membuat hafazan dan iqra setiap pukul 8.30 malam dengan saya. Dia selalu mengganggu ketika saya mengajar kakaknya, namun saya jarang mengasingkannya ke bilik lain supaya dia tidak mengganggu kami. Sehinggalah dia bosan mengganggu dan duduk mendengar. Gangguan yang dibuat selalu menyebabkan kakaknya hilang tumpuan dan paling teruk hingga buku hafazan/mugaddam terkoyak.

Kesabaran adalah paling penting dalam mendidik anak anak. Bersyukur kerana kini saya dapat melihat 'hadiah' kesabaran saya itu. Saya sempat merakam aksi darwisya (dah masuk umur 3 tahun dua minggu lepas) membacakan surah al a'la dan darwish (umur 1 tahun 8 bulan) akan menyambung hujungnya. Aksi '..alahai baiknya anak mak ni...' berlaku setelah Darwish mahukan sebijik gula-gula dalam balang gula-gula saya. Saya katakan padanya 'iqra surah al a'la with kak wisya'. Dia pun memandang kak wisya untuk di iqra' kan. Darwisya membaca sampai yang agak hampir akhir ayat, berhenti untuk disambung pula oleh adiknya darwish bagi menghabiskan ayat dalam surah tersebut. Saya pun ambil kesempatan memvideokan. Malangnya ketika sedang menangkap aksi ini 'Memory Card Full'! Frust dibuatnya.. Waktu tak sibuk dan waktu aksi berlangsung, kamera pula buat hal. Maka, hanya sebahagian sajalah yang boleh saya videokan, sedangkan aksi ini dilakukan sehingga dia dapat makan gula-gula tersebut. Selepas melihat balik aksi rakaman, saya terfikir adakah sekiranya dia boleh bercakap pada umur ini dia sudah boleh menghafal sepenuhnya? Kalau betul bermakna dia telah menghafal lebih separuh dari juzuk Amma. Jika tidak dan memang hanya dia boleh menghafal hanya hujung2 ayat sahaja, bermakna jalan untuk menghafal setelah dia boleh bercakap nanti adalah sangat mudah..





Untuk pengetahuan, kini darwish sudah boleh membaca semua huruf fathah, kasrah dan dhammah (huruf hijaiyyah baris atas, baris bawah dan baris depan). Umurnya baru mencecah 1 tahun 8 bulan hari semalam. Selepas ini saya akan mengajar huruf bertanwin pula.. Jika saya berkesempatan, saya akan memvideokan dia membaca iqra. InsyaAllah. Apapun kena pindahkan sebahagian gambar dalam kamera tu dulu supaya ada available memory untuk digunakan..

Sekadar berkongsi, saya nak membiasakan 'read and reward system' kepada anak lelaki saya bukan mudah. Saya mulakan setelah dia boleh memahami dan menerima arahan. Permulaannya, jika dia mahu sesuatu jika tidak diberi dia akan menangis sekuat hati, berbaring dilantai dan berpusing-pusing badannya tanda memberontak. Oleh kerana saya tidak mahu 'condition' anak saya bahawa jika dia melakukan aksi tersebut, saya akan mengalah dan memberikan apa yang dimahukan, saya kuatkan hati dan buat tidak nampak apa yang dia buat dan membiarkannya hingga dia senyap sendiri dan datang kepada saya sendiri. Cara ini saya pelajari dari buku berbahasa Inggeris tentang psychology kanak-kanak. Jika di biarkan dan dibuat tidak tahu, kanak-kanak akan mengalah dan berpendapat bahawa caranya mengugut adalah tidak berkesan. Kini anak saya tahu, jika dia mahu sesuatu dia tidak perlu membuat 'aksi amuk' nya. Cukup sekadar membacakan satu surah yang saya kehendaki dan dia boleh mendapatkan apa yang dia mahukan (jajan yang saya benarkan contohnya Mayfirst Colostrum, Coklat Badam, gula-gula dll). Sebagai peringatan, semasa kita nak membelikan jajan (makanan kudapan) kita mesti pastikan makanan tersebut adalah halal. Ada perlbagai makanan yang dimakan oleh anak-anak orang Melayu yang bila saya mahu belikan untuk anak saya sebagai mempelbagaikan jenis hadiah hafazan, setelah dibelek, tiada langsung tanda HALAL. Maka, jangan kita ingat kalau orang Melayu pegang, bermakna ianya HALAL. Maka, kita sendirilah yang kena periksa kehalalannya. Makanan yang terjamin HALAL adalah wajib untuk penghafaz quran. Jika seorang hafiz tidak boleh menghafal surah baru pada hari itu, dia akan berfikir tentang makanan yang di makan semalam atau sebelumnya jika ia menjadi faktor. Mereka rajin melakukan solat taubat dan solat sunat lain supaya tiada halangan dosa untuk menghafal surah baru. Maka kita boleh simpulkan bahawa sumber makanan serta kehalalan makanan tersebut adalah sangat penting untuk penjagaan otak. Makanan yang tidak halal menggelapkan hati dan menumpulkan daya ingatan.



Melatih otak menjadi kuat adalah sama caranya dengan melatih otot-otot tubuh kita menjadi kuat. Jika badan kita mahu kuat dan lebih stamina, perlulah rajin ber'excercise'. Begitu jugalah dengan otak kita. Tiada had umur paling minima untuk memulakan latihan ini. Kanak-kanak akan ingat lagu yang ibu mereka dodoikan sebelum mereka tidur pada waktu bayinya dan boleh menyanyikannya semula pada umur mereka 2 tahun keatas. Anak saya, contohnya telah menghafaz surah-surah dengan mudah kerana selalu diperdengarkan surah tersebut semasa dia bayi. Pada umurnya 2 tahun 8 bulan, dia sudah menghafaz 8 surah pendek. Dan mengikut pada tahap dia menghafal sekarang ini, saya yakin dia boleh menghafal sekurang-kurangnya 17 surah tiba umurnya 3 tahun nanti, iaitu 4 bulan dari sekarang.

Perlu di ingat bahawa membaca dan menghafal adalah 2 perkara yang berbeza. Ia boleh dijalankan serentak. Tidak perlu tunggu kanak-kanak tersebut pandai membaca quran/mengaji untuk mula menghafal. Sebagai bukti, ramai para huffaz (penghafal quran) dari kalangan orang buta. Bermakna kalau seseorang itu buta huruf/tidak mengenal huruf juga boleh menghafal quran.

Untuk memudahkan anak saya menghafal, setiap hari waktu maghrib saya akan memainkan VCD mengaji Adik Ahmad Saud membaca juzuk yang anak saya ingin hafal. Ianya sangat-sangat membantu! Adik Ahmad Saud adalah kanak kanak lelaki yang berumur 9 tahun yang terkenal dengan bacaan surah yassin di youtube. Pertama kali saya melihat video kanak-kanak ini membaca surah yassin dengan sungguh merdu suaranya, meremang diri saya sambil berkata dalam hati.. sejuk perut ibunya mengandung, bertuahnya ibubapa yang mempunyai anak seperti itu. Videonya boleh di lihat di link http://www.youtube.com/watch?v=f7d37r3iUds.



Membantu anak Menghafal Surah2 Penting dan Panjang dalam Al Quran (Entri Tambahan posted on 26/8/2010)


Dalam membantu anak kita untuk mudah mengingati apa-apa surah yang akan dihafalnya, cara saya tetap sama samada untuk surah pendek atau surah panjang. Mulakan dengan membiasakan anak dengan MENDENGAR surah tersebut yang dibaca oleh qari yang kita sendiri suka akan lagu bacaannya. Jadikan bacaan qari tersebut sebagai teman tidur dan teman perjalanan anak kita. InsyaAllah, mudahlah untuk mereka menghafal sesuatu yang telah biasa didengar berulang kali. Kemudian, baru ajar MEMBACA surah tersebut. Ajar hingga dia boleh MEMBACA dengan LANCAR/tiada kesalahan. Kemudian, baru suruh anak MENGHAFAL. Selalunya Darwisya dapat menghafal sehari dua selepas dia dapat membaca mana-mana surah dengan lancar samada surah panjang atau pendek.

Untuk diri saya, qari yang menyentuh hati saya adalah Qari dari Kuwait, Shaykh Mishary Rashid Ghareeb Mohammed Rashid Al-Afasy. Mencari CD yang jelas bacaannya dipasaran agak sukar mungkin kerana telah di ulang salin/dubbing beberapa kali hingga bacaannya bergaung dan kurang jelas. Maka, jika qari ini juga kegemaran pembaca, cara terbaik untuk mendapatkan bacaan yang jelas dan berkualiti adalah

1. Beli CD-R kosong (yang paling murah harga 70sen sekeping)
2. Pergi ke http://www.muslimtents.com/alafasy/
3. Pilih surah yang dikehendaki (free download yang dibenarkan). Setiap surah semasa kita download akan ada tercatit panjang masa surah tersebut. Jumlah masa dalam 1 CD-R adalah lebih kurang 70-80 minit sahaja.
4. Untuk memindahkan download ke CD-R, pilih 'audio data' (for car and other general radio)
5. Dah siap..


Sebelum menidurkan anak, CD tersebut akan dipasang dengan perlahan di radio dan tekan mode 'repeat'. Ia akan 'mengaji' untuk anak kita sehingga dia terlena dan diteruskan hingga esok pagi. Pastikan volume perlahan(kalau kuat anak tak boleh tidur pula). Kita boleh pilih samada untuk diulang repeat satu surah sahaja atau atau diulang bacaan satu CD tersebut.


Untuk di dalam kereta, saya letakkan CD surah yang telah dihafalnya supaya dia tidak lupa apa yang dihafalnya sebelum ini. Ini memastikan hafalan yang lepas terus kekal. Jika bila-bila masa saya membawa anak berjalan, ayat yang terhafal terdahulu yang akan saya pasang untuk mereka sepanjang perjalanan. Siaran radio atau CD lain hanya akan saya buka jika saya berseorangan memandu.


Mencorak anak-anak dalam pendidikan, akhlak, sahsiah diri bermula dari rumah, dari kita sebagai ibu dan bapa. Ia bukan bermula di sekolah atau tadika.


Memang ada tadika mahal dan tadika sederhana bayarannya tetapi semuanya sama iaitu mengajar kanak-kanak dalam bilangan ramai dan dalam masa yang serentak! Sedangkan setiap kanak-kanak itu adalah berlainan. Tiada guru yang boleh menandingi seorang ibu yang mengajar anaknya satu persatu dengan sabar hinggalah anak tersebut faham.

Bagi saya, adalah salah untuk melihat wang semata-mata boleh membeli pendidikan dan menjamin anak tersebut menjadi seorang yang terdidik dan berjaya. Kita ambil kisah daripada Imam Shafie. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang fakir di Palestin. Bapanya meninggal dunia ketika beliau berumur 2 tahun. Ibunya adalah seorang yang gigih dalam mendidik anaknya. Tiada tadika murah, sederhana atau mahal bagi ibu Imam Shafie, Hanya kegigihan beliau untuk mendidik anaknya hingga anaknya dapat menghafaz quran pada umurnya 7 tahun. Kemudian Imam Shafie berguru dengan beberapa ulama terkenal hinggalah beliau menjadi orang yang dikenali dengan kebijaksanaan ilmunya sehingga Mufti Mekah mengizinkan beliau memberi fatwa ketika masih berusia 15 tahun!

Saya bersyukur kerana diberi Allah rezeki dan petunjuk untuk menghantar anak saya ke tadika Arab. Namun saya tetap tekankan kejayaan anak tetap bermula dari rumah. Darwisya ke tadika atau tidak, dan tadika tersebut arab atau bukan arab, dia tetap akan mengaji dan menghafal di rumah.


2 Kaedah Menghafal untuk 2 Peringkat Yang Berbeza (Entri Tambahan, Posted on 27 Ogos 2010)

Ada juga yang perasan tentang saya memberi 2 posting kaedah menghafal yang berbeza yang saya gunakan untuk anak saya dalam blog ini hingga jadi keliru. Itu tandanya ada yang sudah mempraktikkannya pada anak sendiri. Alhamdulillah, bertambah saham saya..


Memang betul saya guna kaedah al huffaz semasa melatih Darwisya menghafal 30 surah pertama. Ia adalah satu kaedah yang baik untuk kanak kanak yang baru mula belajar menghafal. Jika mereka dah dapat skill menghafal 30 surah terakhir tu, buku al huffaz tidak perlu digunakan lagi. Seterusnya boleh guna alquran sahaja. Hinggalah satu hari skill ini semakin tajam sehingga mereka boleh menghafal satu muka surat dalam beberapa minit sahaja. Menghafal dan mengingat ini adalah satu kemahiran pada kanak-kanak yang boleh diasah.


Walaupun dulu saya menggunakan buku al huffaz dan kini tidak, memperdengarkan bacaan melalui CD tetap sama. Semasa 30 surah pertama, saya mengalunkan bacaan adik Ahmad Saud, selepas khatam 30 surah, untuk surah lain saya mengalunkan bacaan Sheikh Misyari Rashid Al Afasy. Ini adalah kerana Adik Ahmad Saud tiada punya bacaan surah-surah lain selain 30 surah terakhir tersebut. Apa pun caranya tetap sama untuk melatih kanak-kanak menghafal.. MENDENGAR, MEMBACA sehingga lancar, dan kemudian baru MENGHAFAL

Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit
EHSAN DRP:
http://darwishndarwisya.blogspot.com/2010/02/berkongsi-resepi-makanan-untuk-minda_22.html

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara:



1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)

5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."


7) Buah Tin
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).

Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti

8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.

Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"


9) Air Surah Taha
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.




Lihat urat2 pada kacang badam.. ia mirip kepada rupa urat-urat otak kita. Saya pernah terbaca (lupa dimana), Ini adalah kejadian Allah untuk memberitahu kita kegunaannya pada manusia.



Badam, Kismis, Kurma dan Buah Tin di blender halus.

Tips : Habbatus Sauda dan Buah Tin di masukkan sedikit sahaja kerana jika terbanyak, ia akan menyebabkan 'funny taste'...tak sedap. Sukatannya, agak-agak saje. Boleh buat ikut suka tangan kita..

untuk rujukan lanjut...
layari...

http://darwishndarwisya.blogspot.com/2010/02/berkongsi-resepi-makanan-untuk-minda_22.html
Monday, February 14, 2011

Meng'Islamik'kan Valentine's day?

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit

Assalamualaikum WBT

Bulan Februari dikaitkan dengan Hari Kekasih atau lebih popular dengan nama Valentine's Day. Pada setiap 14.Februari, restoran-restoran akan penuh ditempah oleh pasangan-pasangan cinta yang kononnya meraikan hari paling bersejarah dalam kemuncak cinta mereka. Perayaan ini jelas BUKAN perayaan orang Islam tetapi masih ramai orang Islam yang menyambutnya. Maka wujudlah seruan dan gesaan pengharaman Valentine's Day. Anda boleh ke laman web Ustaz Zaharuddin untuk kupasan menarik mengenai Hukum Meraikan Valentine's Day.

Di IPTA dan juga sekolah-sekolah, setiap kali tiba bulan Februari, maka berbondong-bondonglah program dan aktiviti yang dilaksanakan khusus bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar dan juga mahasiswa berkenaan isu Valentine's Day. Sedar atau tidak, program-program yang dianjurkan juga bertemakan cinta. Walaupun semua maklum program tersebut mahu highlight Cinta Ilahi ataupun Cinta Rasul tetapi dalam ceramah, forum atau aktiviti-aktiviti tersebut masih menyentuh aspek Cinta Manusia yang kononnya diselitkan supaya hadirin yang hadir suka mendengarnya dan akan ketawa terbahak-bahak.

Yang muslimatnya pula akan tersipu-sipu malu dengan gaya penuh ayu!Tidak cukup itu, segala bagai poster mahupun kain rentang yang dibuat masih bertemakan warna pink atau merah dan simbol Cinta masih digunakan walaupun mesejnya berbeda.Persoalannya, mengapa dalam kita menghebahkan pengharaman Valentine's Day, dalam masa yang sama kita juga turut mewujudkan suasana cinta itu sendiri dengan bercakap soal cinta, menggunakan warna pink yang meromantiskan lagi suasana pasangan yang sedang mabuk bercinta? Adakah kita cuba meng'Islamik'kan Valentine's Day dengan cara sedemikian rupa?


Di UIA sekarang ini, bersepah-sepah poster yang wujud perkataan cinta, yang menggunakan warna pink dan merah dan tidak kurang juga yang menggunakan simbol cinta! (Dalam kes ini, Iluvislam.com tidak tersenarai ya!). Juga terdapat forum, ceramah dan pelbagai program yang dianjurkan bertemakan cinta! Sehinggakan seorang rakan saya berkata, "UIA kini dipenuhi dengan aura Valentine's Day. Cuma pengisiannya lebih Islamik!"Memetik kata-kata Wardina Safiyyah di laman Facebook, "Nak minta tolong rakan2 Media, tak payah sebut, highlight and cover hari Valentine, jangan buat special coverage, tema warna pink, pegang bunga rose even. Minta tolong buat tak tahu, seolah hari itu tidak wujud. NO to Valentine! Let's put this as our status update! Penghinaan kepada wanita jika anda ingat dia setahun sekali je..

apa kata Ustaz Zaharuddin dlm isu ni??

Justeru, secara ringkasan saya boleh simpulkan seperti berikut :-

1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Idil Fitroi dan Idil Adha. Nabi SAW bersabda :

(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)

Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)

Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.

Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.

Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya. Selain dari asalusul, cara dan kaedah implementasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.

2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)

3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :

"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).

Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.

Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)

Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan mungkar

4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakaun seks bebas yang kononnya bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada kekasihnya..

5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )

Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)

Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang mana sumber, asal usul dan cara pelaksanaannya yang terdedah kepada pelbagai jenis maksiat. Tidak harus sama sekali untuk menghadiri majlis sempena Valentine di mana-mana jua.

"Jadi adakah pergi shopping sempena 'sale' hari Valentine juga salah?

Jawabnya, sekadar membeli belah ia tidak salah, namun TIDAK DIBENARKAN menyertai seseuatu PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine seperti majlis Konsert, Nyanyian dan sepertinya.

6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"

Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.

Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:

Lelaki: Bolehkah saya jual?

Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.

Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?

Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.

Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?

Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)

Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.

7) Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Vlentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa sahaja.

Sekian

Ust Zaharuddin

26 Muharram 1428 = 14 Feb 2007

Wednesday, November 24, 2010

Sabar

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit
Kata orang, hidup ini layaknya roda kehidupan. Kadang berada di atas, kadang berada di bawah. Ada pula yang bilang hidup ini seperti ombak di pantai. Kadang tenang, namun tak jarang pula menghantarkan gelombang yang begitu kencang. Apa pun perumpamaan manusia terhadap kehidupan ini, intinya adalah hidup ini takkan setenang air di dalam kolam. Akan ada goncangan-goncangan, hambatan-hambatan, dan ujian-ujian yang bermacam-macam bentuknya.

Sabar merupakan kemampuan seseorang dalam mengendalikan dirinya terhadap sesuatu yang terjadi, baik yang disenanginya maupun yang dibencinya.”

Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkaranya adalah baik baginya. Dan tidaklah didapatkan pada seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin : Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya, maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.” (H.R. Muslim).

Iman itu dua bagian, bagian pertama adalah sabar dan bagian kedua adalah syukur.” Dan mereka menyandarkan perkataan tersebut dengan firman Allah swt. “Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang penyabar dan banyak bersyukur.” (Q.S. Ibrahim:5)

Saat ini sedang diuji Allah dengan apapun bentuk ujian, bergembiralah dan bersabarlah. Bergembira kerana Allah masih peduli dan sayang kamu, sebab tu Dia memberi ujian supaya lebih matang, lebih kuat, lebih bijak dan lebih mulia. Bersabarlah kerana dengan kesabaran akan membuat jiwamu tenang, hatimu kuat, dan Allah sentiasa bersama orang yang sabar.. "Kesabaran merupakan perkara yang amat dicintai oleh Allah. Sebagaimana dalam firman-Nya: “…Allah mencintai orang-orang yang sabar.” (Q.S. Ali Imran: 146)

p/s: Be strong and i'm always be with u~
Friday, November 19, 2010

DiDik Anak2 semasa dalam kandungan

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit



Kenapa remaja hari ini lebih sukakan dendangan muzik dan lagu-lagu dari alunan al-Quran?

Mereka boleh bertahan berjam-jam mendengar muzik dengan earphone tersumbat ditelinga.

Terhenjut-henjut tangan, juga kaki.

Berapa lama mereka boleh tahan jika mendengar alunan al-Quran?

"Ustaz, bukan remaja belia saja minat lagu, 'remaja tua' pun sama. Mana nak dengar sangat al-Quran dalam kereta. Yang mereka pasang radio atau CD lagu-lagu," kata kawan saya, bila borak pasal muzik.

"Memang la Sham, kalau kita tak biasakan dengar Quran, macam mana nak timbul rasa seronok. Memang la susah. Tambah pula kalau dari kecik lagi seronok dengan lagu. Kena pulak ibu bapa tak minat Quran," saya menambah




"Aha, tengok la ni, ada pulak program realiti (hakikatnya: 'fantasi') TV untuk budak sekolah. Tergedik-gedik menyanyi. Mak bapak sokong pulak tu..." ulasnya lagi.

"Betul tu. Berhibur memang tak salah, tapi bila melampau sangat, hilang haluan. Sebenarnya dari dalam perut lagi kita kena tarbiyah anak jadi soleh," balas saya.

Allah jadikan telinga punya tujuan. Lantas, ibu bapa perlulah didik anak agar menggunakan telinga untuk tujuan yang betul.

Sejak dari awal lagi ibu bapa berlu membuat persediaan untuk mendidik anak menggunakan teliga dan segala pancaindera dengan betul.

Suatu yang pasti, pasangan ibu bapa perlu membuat persediaan awal sebelum menyambut kelahiran anak.

Persediaan yang penting bukan sahaja dari sudut kewangan dan kesihatan, bahkan juga dari sudut kerohanian dan pendidikan.



Keinsafan ibu dan bapa tentang besarnya tanggungjawab sebagai pendidik dan ketua perlu ditanam agar anak yang lahir nanti menerima layanan dan asuhan yang sepatutnya.

Antara persediaan awal termasuklah mendedahkan kepada janin dengan alunan yang murni di samping bersedia memilih nama yang sesuai untuk anak itu.

Seseorang anak sudah perlu dididik ketika dia masih dalam kandungan ibunya.

Walau pun anak itu belum mampu berkata-kata atau melihat, namun dia dipercayai sudah boleh mendengar, merasai dan menerima gelombang perasaan dari ibunya atau orang-orang yang berhampiran.

Oleh yang demikian, ibu dan bapa digalakkan banyak menenangkan perasaan dengan membaca al-Quran, berzikir dan bertafakur.

Ayat-ayat suci yang dibacakan itu dapat mendamaikan hati ibu seterusnya membantu perkembangan jiwa murni anak.

Suara bacaan al-Quran juga mampu mendatangkan barakah dan rahmah dalam pembentukan anak.



Bahkan ada juga yang berpendapat pengaruh pengajaran yang terdapat dalam ayat-ayat al-Quran yang dialunkan itu mampu menyelinap masuk ke dalam sanubari janin, lantas membentuh potensi peribadi soleh sebagaimana terkandung dalam pengajaran ayat itu.

Sebab itulah, terdapat gesaan agar anak dalam kandungan tadi diperdengarkan bacaan Surah Luqman yang mengandungi pengajaran-pengajaran ke arah menjadi anak soleh, di samping surah-surah lain seperti Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insyirah, Surah Al-Alaq, Surah Maryam dan Surah Yusuf.

Si ibu juga dianjurkan agar bertaubat dan membersihkan jiwa serta mengelakkan dari terjebak dalam maksiat dan lagha sepanjang mengandung.

Perasaan ibu perlulah damai. Jika tertekan, bayi boleh menjadi lemah.

Wujudkan suasana girang, gembira dan syukur. Elakkan kemuraman, pertengkaran dan kalimah-kalimah yang kotor.



Oleh itu peranan bapa selaku lelaki yang paling hampir dengan ibu amatlah penting.

Bahkan bapa disarankan juga perlu bergilir-gilir membaca al-Quran dan berzikir bagi menceriakan halwa telinga anak yang di dalam kandungan.

Harap kita semua boleh laksanakan, agar nanti kita dapat anak-anak yang soleh dan solehah - bukan anak-anak yang derhaka pada kita.

-ILUV ISLAM-

CINTA IBARAT GARAM.TAPI MANISNYA TERASA SELEPAS IJAB QOBUL

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit

Dolah dan isterinya (Bedah) berada di dapur.

"Abang, sayang minta maaf kerana abang yang terpaksa memasak pada hari ini."

Dolah tersenyum.

"Ayg dah masakkan makanan yang sedap untuk abang hampir setiap hari. Kali ini, biarlah abang pula yang memasak untuk ayg. Sayangkan demam, sayang berehatlah."Malam esok sayang On Call..ada baiknya sayang rehat dulu.Ok sayang.Simpan tegana utk merawat Pesakit syg esok hari ok.Hari ni sayang jadi pesakit abg (si suami menbelai si isteri sambil mengusap ubun2 si isteri)

Bedah sambil mengelap hingusnya berkata,



"Tugas memasak, abang serahkanlah kepada Bed (nama manja). Abang sudah seharian bekerja untuk mencari rezeki. Kini giliran Bedah pula untuk melayani abang. Memasak dan melayan abang adalah kerehatan untuk Bedah."

Dolah berkata,

"Malam ini, biarlah abang yang memasak untuk Bedah. Bukan selalu Bedah dapat merasa masakan abang. Bedah bimbang masakan abang tidak sesedap masakan Bedah?"


Bedah tersenyum dan berkata,

"Masakan abang tentulah sedap, tetapi tidaklah sesedap masakan Ayg (nama manja ke-2)."

Dolah tersenyum dan membalas,

"Masakan abang makin bertambah sedap. Selepas ini Ayg pasti akan merayu-rayu meminta abang supaya memasak untuk ayg lagi."

Bedah tersenyum dan berkata,

"Ayg tahu, abang memasak menggunakan perencah kasih sayang, sebab itulah masakan abang makin bertambah sedap."

Dolah tersenyum dan bertanya kepada Bedah isteri tersayangnya.

"Sayang, berapa banyak garam yang perlu abang masukkan ke dalam masakan ini?"



Bedah menjawab,

"Abang masukkanlah garam dengan secukup rasa. Jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit."

Dolah menjawab,

"Boleh comel (nama manja ke-3 utk bodek isterinya) tolong abang untuk masukkan garam ke dalam masakan ini? Abang terpaksa mengalah, sayang lebih pakar dalam hal memasak berbanding abang."

Bedah tersenyum (sambil memberi jelingan manja dgn memek muka y menggoda) dan menolong suaminya.

"Abang tahu kenapa kita kena masukkan garam dengan secukup rasa sahaja? Kenapa tidak boleh terlalu banyak atau tidak boleh terlalu sedikit."

Dolah menjawab,



"Tukang masak profesional mahu menguji abang, ya? Kalau terlebih garam, masakan akan jadi masin dan kalau terkurang garam pula masakan akan jadi tawar."

Bedah tersenyum smbil mencubit perut suaminya y slim itu.

"Kalau garam perlu dimasukkan dengan secukup rasa, bagaimana pula dengan cinta?"

Dolah tersenyum (smbil memngelap cermin matanya) dan menjawab,

"Abang mungkin kalah dengan ayg dalam hal memasak, tetapi abang tidak mahu kalah dengan cik yang(panggilan mnja si suami y jarang2 digunakan) dalam soal cinta."

Bedah tersenyum dan smbil Dolah meneruskan kata-katanya,

"Abang berikan cinta abang kepada ayg dengan secukup rasa. Cinta yang abang berikan kepada Ayg, tidak lebih dan tidak kurang. Semoga cinta antara abang dan Ayg tidak akan melalaikan kita daripada mengingati Allah."

Bedah tersenyum dan berkata,

"Abang memang pakar dalam bercinta. Makin hari, makin Ayg makin cinta kan abang. Kadang-kadang, Ayg rasa abang adalah pakar bius. Ayg dibius cinta."

Dolah tersenyum.

"Nasib baik abang tidak menjadi doktor. Kalau tidak, ramai pula pesakit yang terbius dengan bius cinta abang." patut la dulu masa belajar..ayg xnak abang sambung MBBS kat India..rupanya ini hikmahnya..cantik sungguh perancangan ALLAH kan sayang..tpi abang akan simpan surat tawaran International Medical School,bangalore India sbg bukti cinta abg pada ayg.Ni belum jadi Pakar Anes lagi,kalo dh jdi pakar anes xtau la ayg berapa lama terbius dgn cinta abg..kan syg..




Bedah tersenyum sambil memberi Warning pada si suami kesygan nya.

Abg jgn nak bius student abg kat UM dah la..ayg tau siap ayg operate(surgery)abg..
ok la B (panggilan manja si isteri pd si suami tatkala mahu membodek)..jom mkn..kan nnt kita nk solat jemaah..then nk gi KLCC plk..kn abg dh jnj nk beli ayg baju baru..

dgn tiba2 si suami menguap 3x..(gurauan si suami membuatkan Bedah merajuk)...

BERSAMBUNG....
MANISNYA CINTA SELEPAS KAHWIN

Thursday, November 18, 2010

JARI oh JARI

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit



Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..



sunnah nabi jarang nak ikut ..



Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.



The Truth



Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.



Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.



Percayalah.



Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.



Additional info



Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..



Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari



1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari)





dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk



Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian



Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.



p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.