WA ZAKKIR FA INNAZIKKRO TANFAUL MU`MININ

"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam." -Saad bin Abi Waqqas-
Thursday, January 28, 2010

University Election

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit


Hari ini dalam Sejarah
28Januari 2010 - tarikh mengundi bg warga UM
apakah ini peluang Proaspirasi??atau peluang Promahasiswa??
apakah corak dan warna UM selepas ini?semuanya bergantung kepada warga UM
persoalan ini bakal terjwb sedikit masa lagi..
pape pn diharap tampuk pemerintahan UM kali bakal melonjakkan UM dalam kelompok 80 universiti terbaik dunia sebagaimana dikehendaki VC bari Dato prof.dr.Ghout Jasmon.
chiok2 warga UM..
Tampuk pemerintahan lalu telah membukti kan mereka mampu mbawa UM kelandasan y betul
apakah ini bakal berulang??tepuk dada tanya Iman..

Barakallahulakum wa jama'ama bainakum fi khair"..

daniel;
Msc Mediacal Neuroanatomy
Medical Faculty UM
Sunday, January 3, 2010

International Scientific Conference December 2009.

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit
Medical International Scientific Conference 2009!











Friday, January 1, 2010

KONVENSYEN PEMIKIRAN HASAN AL-BANNA DALAM MELAKAR AGENDA BANGSA

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit
Type: Education - Lecture
Network: Global
Date: Saturday, 30 January 2010
Time: 08:00 - 17:00
Location: MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Sebagai sebuah NGO Islam,kami merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua orang dijemput hadir.


TARIKH : 30 JANUARI 2010
TEMPAT : MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
ANJURAN : IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA


OBJEKTIF

i. Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
iii.Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
Iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.


PEMBENTANG KERTAS KERJA

Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni


Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman


Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias


Bayaran:

Perseorangan - RM50
Wakil Organisasi - RM100
Suami & Isteri - RM70
Pelajar - RM20
Wednesday, December 30, 2009

Solat Sunat Khusuf/Gerhana 1 Januari 2010

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit



salam alaikkk..sahabat


JAKIM menjangkakan fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini 1 Jan 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi.

Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum.

Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.

Lokasi: Masjid Negara,KL
Time: Datang la bila2..seelok2 nya niat i`tikaf bersama..(solat i`syak n mgrib bersama)..JOM!!
Anjuran: Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara
Tujuan: Meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam
Melihat sendiri gerhana dr jarat dekat

Gerhana Bulan & Solat Sunat Khusuf anjuran masjid Negara

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit



NIAT SOLAT SUNAT GERHANA














Jakim: Gerhana bulan separa dijangka Jumaat ini

PUTRAJAYA, Dis 30 – Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini 1 Jan 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi.

“Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum,” kata kenyataan itu.

Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.

Ekoran gerhana yang berlaku semasa cuti sambutan tahun baru 2010, orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.

“Program yang merupakan anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam,” kata Jakim. – Bernama
Tuesday, December 29, 2009

DUNIA BARU ISLAM

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit
Dunia Baru Islam

Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah

Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah
Agar terbangun.....
Dunia Baru Islam

“Perumpamaan orang yang mengajar orang ramai kebaikan tetapi melupakan dirinya sendiri adalah seperti lilin yang memberikan cahaya ke atas orang lain dan (dalam masa yang sama) membiarkan dirinya terbakar”
Monday, December 28, 2009

Ayatul Kursi VS Hampir Dirogol

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit



Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA....semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam.......