WA ZAKKIR FA INNAZIKKRO TANFAUL MU`MININ

"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam." -Saad bin Abi Waqqas-
Monday, July 19, 2010

Penyatuan PAS-UMNO:Adakah suatu realiti?

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit

Oleh DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR

Penyatuan antara dua buah parti yang mewakili Melayu terbesar iaitu UMNO dan PAS menjadi harapan besar masyarakat Malaysia yang berhasrat membangunkan kekuatan dan kestabilan negara. Telah sekian lama harapan tersebut disuarakan, namun hingga kini masih belum menjadi kenyataan kerana adanya halangan-halangan daripada pihak-pihak tertentu yang tidak ingin menyaksikan penyatuan kembali dua parti melayu Islam yang terbesar di Malaysia.

Sebelum ini, dua buah parti yang mewakili Melayu terbesar dikejutkan dengan “rundingan kerajaan perpaduan” menjadi suatu bentuk histeria politik yang berkesudahan pintu harapan “telah ditutup.”

Islam sejak kemunculannya telah berjaya menyatukan kabilah-kabilah, kaum dan bangsa sehingga muncul sebagai sebuah kuasa yang amat besar pengaruhnya dalam peradaban manusia.

Banyak pihak mengaku bahawa kekuatan Islam adalah kerana kesatuan matlamat dan perpaduan antara penganutnya, dan kerana itulah empayar Islam mampu bertahan sehingga berjaya dilumpuhkan oleh kuasa yang baru muncul lebih 14 abad lamanya.

Begitu juga dengan PAS dan UMNO. Jika dua buah parti politik yang sama-sama berlandaskan perjuangan Melayu dan Islam boleh berbincang, bermuafakat dan bersatu, tentunya kekuatan masing-masing dapat digemblengkan sebagai satu tenaga modal pengupayaan ummah, hasilnya amat menakjubkan.

Kekuatan PAS sebagai perancang strategi dan pelaksana pembangunan spiritual dan keupayaan UMNO sebagai peneraju pembangunan fizikal akan mampu menyanggah bebanan tanggapan serong peradaban Barat tentang Islam.

Untuk tujuan ini juga sewajarnya kita hayati beberapa hadis peninggalan Baginda kepada umatnya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Orang-orang mukmin itu dalam sayang menyanyangi,kasih mengasihi,santun menyantuni tidak ubah saperti satu anggota dari tubuh yang apabila menderita satu anggota dari tubuh itu akan menderita pula seluruh tubuh itu dengan tidak dapat tidur dan demam.”

Hadis yang lain pula bermaksud: “Orang mukmin itu mencintai saudaranya sebagai mana ia cinta kepada diri sendiri.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kerana hubungan persaudaraan inilah ia perlu diberi pertolongan segera atau menghulurkan bantuan yang di perlukan, sebabnya kesempurnaan persaudaraan itu hanya boleh menjelma secara baik dan harmonis apabila masing-masing berjalan seiring untuk menuju satu maksud dan tujuan.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Perumpamaan dua orang saudara adalah saperti dua tangan yang satu membersihkan yang lain.” (Riwayat Ad-Dailami)

Hari ini kuasa umat Islam menjadi semakin lemah walaupun dari aspek kuantiti penganutnya menduduki tangga kedua terbesar. Jumlah penganut Islam yang semakin bertambah menjadikannya bukan sahaja dijadikan sasaran propaganda malah turut dijadikan serangan dalam bentuk kekerasan dan sekatan.

Situasi ini sebenarnya masih belum menyedarkan sepenuhnya umat Islam di Malaysia, dan kerana itulah demi politik mereka sanggup mendustai matlamat utama memperkuatkan benteng umat Islam.

Kelemahan hubungan terdahulu bukanlah merupakan sesuatu yang fatal. Kalaupun masih boleh dianggap “serik” ia bukan bermakna sampai “tidak mahu mengakui saudara sebangsa dan seagama.”

Masih ada dalam jiwa, masih tersisa dalam semangat dan masih tertanam dalam minda, penyatuan antara dua parti politik itu adalah suatu kemenangan terbesar yang pernah berlaku.

Kesilapan dan kekurangan lalu masih boleh diperbetulkan sebagai mana al-Quran sendiri mengajar agar manusia sentiasa bermuhasabah diri, mencari kekuatan baru dan menghirup udara segar yang lebih nyaman dan bersih.

Dengan mengetepikan dendam, bahasa-bahasa yang menyakitkan hati penyatuan dan perpaduan akan terbina dan diumpamakan seperti sepasang suami isteri yang kembali hidup bersama setelah melalui tempoh perpisahan yang lama, masing-masing hidup dengan bayang-bayang resah dan saling menyalahkan.

Sebagai manusia kita amat mudah terdedah dengan kesilapan dan setiap kesilapan itulah telah menenggelamkan hasrat murni. Nilai-nilai positif menjadi sesuatu yang tidak nikmati lagi kerana trauma benci atas “emosi serik” mula menusuk hati dan perasaan.



Walhal, inilah yang perlu kita hindari kerana ia mendekatkan kita kepada sikap bermusuhan dan sikap sedemikian amat dibenci oleh Allah s.w.t.

Jika sesama Islam saling menunjukkan persengketaan yang tidak dapat disatukan kembali, tentunya bukan Islam akan memandang “hanya manis di bibir, tetapi tidak pada tindakan”, maka amat mudah dipersenda-sendakan.

Kalau sesama Islam tidak boleh berada dalam mood dan jalur kuasa yang kuat, maka bukan Islam bukan sahaja memandang rendah kepada kita.

Maka dengan bersatunya sesama Islam, maka dilema dengan bukan Islam akan dapat dihindari. Apabila kedudukan kita semakin kuat, maka kita akan dihormati. Kekuatan Islam memberikan jaminan bahawa bukan Islam boleh hidup selesa, tetapi, dalam keadaan orang Islam lemah, orang Islam dihina dan dibelenggu dengan pelbagai sekatan.

Kita mungkin dapat memahami bagaimana terseksa penduduk Palestin, bukan sahaja tidak mempunyai kebebasan memilih cara hidup sendiri, malah pergerakan mereka terus-menerus diawasi, malah cuba dihapuskan secara perlahan-lahan.

Atas dasar ingin melihat penyatuan antara dua buah parti yang ditunjangi oleh orang Melayu-Islam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sanggup bertindak sebagai perantara.

Sebagai sebuah organisasi yang tidak berasaskan politik, Yadim terasa terpanggil bagi menunaikan tanggungjawab bagi menyatukan antara kedua belah pihak atas nama Islam.

Yadim bukan sahaja menghulurkan tangan untuk membuka lembaran baru persaudaraan tersebut, malah turut berdoa agar kemelut yang melanda orang Melayu-Islam ini akan berakhir suatu hari nanti.

Dasar umat Islam adalah jelas, jalan menyelamatkan kedua-dua pihak yang dilihat bersengketa masih boleh diselesaikan, sebagaimana Allah s.w.t mengingatkan kita (yang bermaksud): “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jaulah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).” (Al-Qasas: 56)

Sekiranya umat Islam mempunyai cita-cita yang sebenar hendak mengembangkan agama Islam di negara ini, hendaklah ditumpukan kepada persaudaraan Islam ini.

Janganlah berharap bahawa Islam satu hari nanti akan dapat mencapai maksudnya dalam tanah air kita ini jika kita gagal untuk menyatukan dua parti Melayu Islam terbesar ini.

Melayu-Islam perlu kembali bersatu bagi menghadapi cabaran yang menyentuh identiti, menyentuh maruah, menyentuh martabat, menyentuh kelangsungan bangsanya.

Melayu dan Islam adalah dua ‘ramuan sakti’ yang amat penting untuk disatukan dalam hasrat membina modal keupayaan umat yang kuat kerana bilangan Melayu Islam di bumi ini bukannya ramai.

Melayu-Islam yang berilmu, yang profesional, yang kaya, yang memiliki sifat-sifat towering personaliti jauh lebih kecil. Pemisahan Melayu dan Islam dalam kafilah yang berbeza, masing-masing di bawah kepimpinan yang enggan bertemu, semestinya menambahkan lagi kelemahan ummah.

Kita juga perlu ingat, Allah s.w.t pernah memberikan amaran bahawa dalam keadaan umat Islam asyik bersengketa, mereka yang lebih kecil bilangannya akan dilihat semakin kuat dan berkuasa.

Kita sudah mempunyai petanda tersebut, walaupun ada setengah daripada kita ia bukanlah suatu isyarat yang jelas. Tatkala kita mendapat isyarat dengan jelas, sebenarnya ketika itu kita sudah pun terlewat.

- Penulis ialah Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)
Monday, July 12, 2010

الإسراء والمعراج‎,

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit



سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُ ۥ لِنُرِيَهُ ۥ مِنۡ ءَايَـٰتِنَآ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ

"Maha suci (Allah) yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad
s.a.w.) pada suatu malam hari, dari masjidil Haram ke masjidil Aqsha, yang telah Kami berkati sekelilingnya, karena hendak Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha melihat." (maksud ayat 1 s.al-Isra')


Allah s.w.t. telah mengisra'kan (memperjalankan diwaktu malam hari) Nabi Muhammad s.a.w. dari masjidil Haram (di Makkah) ke masjidil Aqsha artinya masjid yang jauh (di Palistina). Dahulunya orang biasa berjalan kaki dari satu tempat ketempat, ataupun menaiki kuda, keledai, unta dan sebagainya.

Perjalanan dari Makkah ke "BumiPalestin" mengambil masa lebih kurang 40 hari. Ini adalah suatu perjalanan yang jauh, tetapi dengan kuasa Allah telah dilakukan dalam
masa yang singkat, hanya dalam beberapa jam sahaja. Bagi orang dahulu, perjalanan yang demikian jauh jika dapat dilakukan dalam masa beberapa jam sahaja adalah suatu hal yang luar biasa dan tidak dapat diterima oleh akal mereka.
Sebabnya belum ada kenderaan yang mereka tunggangi seperti kuda, keldai
ataupun unta yang boleh melakukankannya. Pada zaman yang serba maju sekarang ini, hal itu telah menjadi perkara biasa, dengan adanya pesawat udara dan kenderaan lain yang laju.

Oleh krn itu, mereka yang tidak beriman seperti Abu Jahal dan pengikut-pengikutnya menggunakan peristiwa ini untuk menjatuhkan nama
baik Nabi Muhammad s.a.w. dengan menuduh Nabi s.a.w. seorang pendusta dan
berbagai tuduhan keji lainnya.

Mereka yang beriman dapat menerimanya karena ia merupakan salah satu
tanda dari kekuasaan Allah s.w.t. yang telah pernah diberikan kepada
Rasul-rasulnya yang lain seperti Nabi Isa a.s. yang dilahirkan dengan
tidak mempunyai ayah malah beliau dapat berkata-kata diwaktu bayi, dapat
menyembuhkan orang yang sakit, dapat menghidupkan orang yang telah mati
dan sebagainya.


Demikian pula Nabi Musa a.s., tongkatnya dengan kuasa Allah telah menjelma menjadi ular yang besar yang dapat menelan dan mengalahkan ular ahli sihir raja Firaun. Malah Nabi Musa dengan tongkatnya dapat membelah lautan untuk menyelamatkan para pengikutnya dari kejaran Firaun dan bala tenteranya. Banyak lagi tanda-tanda kekuasaan dari Allah s.w.t.yang telah diberikan kepada para Rasul yang disebutkan dengan mu'jizat dan kepada hambanya yang solih disebutkan
sebagai karamah.

Dalam perjalanannya, Nabi s.a.w. telah ditunjukkan berbagai contoh teladan yang berguna untuk ummat manusia. Antaranya, kepada Nabi s.a.w. telah ditunjukkan seorang tua yang terus menerus menambahkan beban yang sedang dipikulnya. Meskipun ia tak mampu lagi membawanya tapi masih juga menamban beban yang telah banyak itu sehingga menyusahkan dirinya sendiri.

Ini diumpamakan kepada seseorang yang memegang banyak pekerjaaan
yang menjadi tanggung jawabnya. Sehingga tidak ada satupun pekerjaan yang
dapat ditunaikan dengan baik.Tetapi masih juga menerima tugas baru.
Sepatutnya ia hanya menerima tugas yang ia sanggup menyelesaikan dengan
baik. Akan tetapi oleh sifat tamak dan ingin menunjuk-nunjuk atau supaya
popular, masih juga menerima tugas yang dia sendiri tak dapat menunaikan
dengan baik.

Padahal masih ramai orang lain yang tidak mempunyai pekerjaan atau menganggur, tetapi orang ini tidak diberikan kesempatan tugas itu. Jadi terjadilah ketidak seimbangan yang akan merugikan masyarakat dan negara. Kepada yang seorang memikul banyak sekali tugas dan yang lainya menganggur.

Kepada Rasulallah s.a.w. juga telah ditunjukkan suatu kaum yang bertanam sehari dan menuai sehari. Ini diumpamakan kepada orang yang melakukan amal kebajikan yang telah dilipat gandakan Allah pahalanya.

Kepada Nabi s.a.w. juga telah ditunjukkan orang lelaki yang suka memakan makanan yang telah tercemar, telah busuk, sedangkan disampingnya ada makanan yang bersih dan baik, akan tetapi makanan yang bersih dan masih baik ini tidak dijamahnya. Ini diumpamakan kepada lelaki yang suka berzina. Isterinya sendiri tidak diperdulikan, yang menjadi kesukaannya ialah perempuan pelacur, sehingga akhirnya dia mendapat berbagai penyakit kelamin, penyakit AIDS dan sebagainya sehingga menghancurkan kehidupannya malah keluarganya juga turut terkorban, akibat perbuatan kejinya itu.

Masih banyak lagi perumpamaan lainnya, semuanya ini merupakan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. yang ditunjukkan kepada Nabi s.a.w. untuk menjadi contoh teladan kepada ummat manusia.

Hasil dari Isra' dan Mi'raj Nabi s.a.w. yang terbesar sekali ialah menerima tugas perintah dari Allah s.w.t.menunaikan ibadah Solat (sembahyang). Banyak arahan melakukan ibadah lainnya diterima melalui wahyu yang diturunkan Allah s.w.t. Ibadah solat diterima langsung daripada Allah s.w.t. ini menunjukkan keistimewaan solat.

Tidak ada alasan bagi siapapun untuk meninggalkan solat. Jika kita sakit tak mampu menunaikan dengan berdiri, boleh ditunaikan dengan duduk. Tak sanggup duduk boleh secara berbaring. Tak boleh dengan berbaring boleh dengan isyarat. Tak ada air boleh tayammum, pendek kata ibadah solat mestilah ditunaikan dalam keadaan apapun juga dan dimanapun kita berada.

Kecuali jika timbul sesuatu halangan yang memang telah ditakdirkan Allah seperti tidak siuman (gila), kita pingsan, tak sadar diri ataupun lainnya.

Sebelum menunaikan solat kita mesti terlebih dahulu membersihkan diri kita daripada najis dan mengambil air sembahyang. Tempat kita bersujud perlu juga
bersih. Ketika mendirikan solat kita hanya menumpukan seluruh perhatian
kita hanya kepada Allah s.w.t.

Semua yang kita lakukan sebelum dan ketika solat semua itu akan mendidik kita menjadi orang yang bersih, berdisiplin, dan insya Allah akan menyehatkan rohani dan jasmani kita dengan gerakan-gerakan yang dilakukan ketika solat. Insya Allah jika kita rajin menunaikan ibadah solat denga teratur dan rapi akan membentuk
peribadi yang sehat rohani dan jasmani. Inilah intisari Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w.

Insya-Allah kita akan berjumpa lagi.

P/S:Seringkali masyarakat menggabungkan Isra Mi'raj menjadi satu peristiwa yang sama. Padahal sebenarnya Isra dan Mi'raj merupakan dua peristiwa yang berbeza. Peristiwa Isra Mi'raj terbagi dalam 2 peristiwa yang berbeza. Dalam Isra, Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi wa Sallam "diberangkatkan" oleh Allah SWT dari Masjidil Haram hingga Masjidil Aqsa. Lalu dalam Mi'raj Nabi Muhammad SAW dinaikkan ke langit sampai ke Sidratul Muntaha yang merupakan tempat tertinggi. Di sini Beliau mendapat perintah dari Allah SWT untuk menunaikan solat lima waktu.