WA ZAKKIR FA INNAZIKKRO TANFAUL MU`MININ

"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam." -Saad bin Abi Waqqas-
Saturday, August 28, 2010

RAMADHAN AL MUBARAK

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit


Pagi-pagi ni rasa macam nak kongsi tazkirah jer. Di bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan ini, selepas baca Quran tu, daripada duduk berbual tak tentu hala, baiklah kita saling ingat mengingati antara satu sama lain. Tambahan pula sekarang ni dah masuk 10 malam ke-2 dalam bulan mulia ini, iaitu bulan maghfirah (pengampunan).

Pertama sekali, suka saya ingatkan diri saya serta rakan-rakan semua tentang kubur. Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali:

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan “Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Suka juga saya mengingatkan diri saya serta rakan-rakan semua tentang racun dengan penawar. Lima jenis racun dan lima penawarnya:

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.



Kemudian, suka saya ingatkan diri saya serta rakan-rakan semua tentang ibu kepada 4 perkara. Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu, iaitu:

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Akhir sekali, suka saya ingatkan diri saya serta rakan-rakan semua supaya berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beberapa kata renungan dari Qur’an – Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

1. Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.
2. Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya.
3. Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan.
4. Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
5. Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.

-Danial-
(rujukan soleh.net/2007/09/24/tazkirah-di-pagi-ramadhan/)

0 Comments


Leave a Comment