WA ZAKKIR FA INNAZIKKRO TANFAUL MU`MININ

"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam." -Saad bin Abi Waqqas-
Tuesday, October 26, 2010

Pemuda-Pemuda

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit


KEMATIAN adalah satu yang menakutkan dan pemergian tidak kembali insan disayangi sering diratapi. Malangnya ramai yang mati hati sebelum mati jasad dan anehnya, kematian hati ini tidak pula ditangisi.

Pembaca memikirkan hakikat yang sering dipandang ringan atau tidak dipandang langsung disebabkan kealpaan mengejar keduniaan.

keperluan menjaga hati supaya manusia dapat merasai kesenangan, kesusahan, kegembiraan serta kesedihan kerana hati yang sudah mati tidak akan merasai semua itu kerana sibuk meninggalkan perintah Allah, jauh sekali menyesalinya.


Ada sebuah kisah yang berlaku kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani. Dia didatangi oleh pemuka-pemuka
kota Baghdad untuk diajak bersama dalam satu majlis ibadah malam secara beramai-ramai. Dia menolak
tetapi pemuka-pemuka tersebut berkeras juga mengajak beliau hadir. Untuk dapat berkat, kata mereka.
Akhirnya, dengan hati yang berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju untuk hadir.
Pada malam berkenaan, di satu tempat yang terbuka, beratus-ratus orang hadir dengan melakukan ibadah
masing-masing.Ada yang bersolat. Ada yang berwirid. Ada yang membaca Quran. Ada yang
bermuzakarah. Ada yang bertafakur dan sebagainya. Syeikh Abdul Qadir duduk di satu sudut dan hanya
memerhatikan gelagat orang-orang yang beribadah itu.


Di pertengahan malam, pihak penganjur menjemput Syeikh Abdul Qadir untuk memberi tazkirah. Dia
cuba mengelak tetapi didesak berkali-kali oleh pihak penganjur. Untuk dapat berkat, kata mereka lagi.
Akhirnya dengan hati yang sungguh berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju.
Tazkirah Syeikh Abdul Qadir ringkas dan pendek saja.Dia berkata: Tuan-tuan dan para hadirin sekelian.
Tuhan tuan-tuan semua berada di bawah tapak kaki saya.
Dengan itu, majelis terkejut dan menjadi gempar dan riuh rendah.


Para hadirin terasa terhina dan tidak
puas hati.Bagaimanakah seorang Syeikh yang dihormati ramai dan terkenal dengan ilmu dan
kewarakannya bisa berkata begitu terhadap Tuhan mereka. Ini sudah menghina Tuhan. Mereka tidak
sanggup Tuhan mereka dihina sampai begitu rupa.
Mereka sepakat hendak melaporkan perkara itu kepada pemerintah. Apabila pemerintah dapat tahu,
diarahnya kadhi untuk menyiasat dan mengadili Syeikh Abdul Qadir dan jika diadapati bersalah,
hendaklah dihukum pancung.



Pada hari pengadilan yang dibuat di khalayak ramai,Syeikh Abdul Qadir dibawa untuk menjawab
tuduhan.
Kadhi bertanya, Benarkah pada sekian tempat, tarikh dan masa sekian, Tuan Syeikh ada berkata di
khalayak ramai bahwa Tuhan mereka ada di bawah tapak kaki Tuan Syeikh?
Dengan tenang Syeikh Abdul Qadir menjawab, Benar, saya ada kata begitu.
Kadhi bertanya lagi, Apakah sebab Tuan Syeikh berkata begitu?
Jawab Syeikh Abdul Qadir , Kalau tuan kadhi mau tahu, silalah lihat tapak kaki saya.
Maka kadhi pun mengarahkan pegawainya mengangkat kaki Syeikh Abdul Qadir untuk dilihat tapak
kakinya. Ternyata ada duit satu dinar yang melekat di tapak kakinya. Kadhi tahu Syeikh Abdul Qadir
seorang yang kasyaf.
Fahamlah kadhi bahawa Syeikh Abdul Qadir mau mengajar bahwa semua orang yang beribadah pada
malam yang berkenaan itu sebenarnya tidak beribadah karena Tuhan. Tuhan tidak ada dalam ibadah
mereka. Hakikatnya, mereka tetap bertuhankan dunia yang duit satu dinar itu menjadi lambang dan
simbolnya.
Kalau di zaman Syeikh Abdul Qadir Jailani pun manusia sudah hilang Tuhan dalam ibadah mereka,
apalah lagi di zaman ini. Itu dalam ibadah. Kalau dalam hidup seharian, sudah tentu Tuhan tidak langsung
diambil kira.

0 Comments


Leave a Comment