WA ZAKKIR FA INNAZIKKRO TANFAUL MU`MININ

"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam." -Saad bin Abi Waqqas-
Wednesday, December 30, 2009

Solat Sunat Khusuf/Gerhana 1 Januari 2010

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit



salam alaikkk..sahabat


JAKIM menjangkakan fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini 1 Jan 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi.

Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum.

Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.

Lokasi: Masjid Negara,KL
Time: Datang la bila2..seelok2 nya niat i`tikaf bersama..(solat i`syak n mgrib bersama)..JOM!!
Anjuran: Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara
Tujuan: Meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam
Melihat sendiri gerhana dr jarat dekat

0 Comments


Leave a Comment